Serena Williams
Serena Williams

Serena Williams

Serena Jameka Williams (lahir 26 September 1981) ialah seorang Afro-Amerika yang menjadi pemain tenis tunggal wanita profesional dunia, dan juga bekas pemain tenis tunggal wanita No. 1 dunia versi Persatuan Tenis Wanita (WTA). Beliau ialah adik kandung juara tenis wanita dunia, Venus Williams. Beliau kini menetap di Palm Beach Gardens, Florida, Amerika Syarikat.Williams dilahirkan di Saginaw, Michigan, Amerika Syarikat dan menceburi dunia tenis pro sejak September 1995. Beliau ialah pemain nombor 1 dunia kini dan ialah pemain tenis tertua yang pernah memegang gelaran ini. Sehingga 8 Jun 2015, beliau telah memegang gelaran ini selama 244 minggu.Williams telah menjuarai 35 gelaran Grand Slam yang terdiri daripada 20 gelaran tunggal, 13 gelaran berganda, dan 2 gelaran berganda campuran. Ketiga-belas gelaran Grand Slam gandanya yang dimenangi bersama kakaknya, Venus. Pada Ogos 2012, beliau memenangi pingat emas dari acara tunggal mahupun beregu dari Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Dengan demikian, beliau telah meraih gelaran 'Golden Slam' yang mana beliau telah memenangi keempat-empat pertandingan Grand Slam dan Sukan Olimpkk. Di acara tunggal, beliau ialah pemain tenis kedua yang mencapai tahap ini, selepas Steffi Graf. Beliau juga telah memenangi 'Golden Slam' di acara regu. Dengan demikian, beliau ialah satu-satunya pemain tenis, lelaki ataupun wanita, yang memiliki gelaran 'Golden Slam' di kedua-dua acara.Dengan 67 gelaran tunggal WTA, Williams ialah pemain tenis dengan gelaran juara tunggal terbanyak di antara semua pemain aktif WTA. Williams berkahwin dengan Alexis Ohanian pada 16 November 2017. Mereka mengumumkan pertunganan mereka pada Disember 2016. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Alexis Olympia Ohanian Junior.[2][3][4]

Serena Williams

Wimbledon W (1998)
French Open F (1998)
Gaya Right-handed (two-handed backhand)
Rekod kerjaya 27–4 (87.1%)
Laman web rasmi serenawilliams.com
Australian Open F (1999)
Hopman Cup W (2003, 2008)
US Open W (1998)
Terbuka AS W (1999, 2009)
Wang hadiah AS$ 84,463,131 (setakat 27 Februari 2017)[1]
  • ranking pertama sepanjang zaman (wanita)
Kejuaraan W (2001, 2009, 2012, 2013, 2014)
Championships SF (2009)
Nama penuh Serena Jameka Williams
Ranking tertinggi No. 1 (21 Jun 2010)
Terbuka Perancis W (1999, 2010)
Negara  Amerika Syarikat
Terbuka Australia W (2001, 2003, 2009, 2010)
Residen Palm Beach Gardens, Florida, A.S.
Kelahiran (1981-09-26) 26 September 1981 (umur 39)
Saginaw, Michigan, A.S.
Kejuaraan kerjaya 23 WTA, 0 ITF
Ketinggian 5 ft 9 in (1.75 m)
Fed Cup W (1999), rekod 16–1
Ranking semasa No. 39 (12 Jun 2017)
Menjadi pro Oktober 1995

Rujukan

WikiPedia: Serena Williams http://www.serenawilliams.com/ http://www.sonyericssonwtatour.com/2/players/playe... http://www.wtatennis.com/SEWTATour-Archive/Ranking... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p288234731 http://isni.org/isni/0000000114598590 https://www.eonline.com/ap/news/1093979/why-serena... https://people.com/sports/serena-williams-alexis-o... https://www.vanityfair.com/style/2017/06/serena-wi... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb15007358p